Abstrak:
Akibat harga rumah yang terlalu
tinggi di kota dan pinggir kota,
semakin ramai pekerja yang terpaksa
tinggal jauh dari tempat
kerja masingmasing.
Dahulu, fenomena
ini kita ketahui hanya
berlaku di kota besar seperti Tokyo,
apabila kebanyakan pekerja
tinggal 50 kilometer dari tempat
kerja. Mujurlah di sana perkhidmatan
pengangkutan awam, terutama
kereta api, cekap dan boleh
dipertanggungjawabkan.