Abstract:
Terlalu banyak sumbangan wanita hebat ini untuk disenaraikan dalam usahanya memperkasakan seni budaya tanah air. Antaranya ialah Dato'Norliza bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penubuhan Akademi Seni Kebangsaan yang kini bergelar Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA). Institusi ini beroperasi pada tahun 1994 sehingga kini berjaya melahirkan ribuan graduan terlatih dalam bidang tari, teater, muzik dan penulisan.